A6 RING BINDER

cash envelope

Nak control spending?
➡️Cash envelope system

Nak kurangkan eat out?
➡️Cash envelope system

Ini salah satu cara nak control spending.

Bila kita nampak duit dalam envelope berkurang, automatically kita akan cuba kurang belanja.

Syarat guna Cash Envelope⤵️


Hanya guna budgeted amount, once habis maka habislah. So kita akan latih diri to spend within our means.

Usually category yang kita akan guna 💰 cash:
- Eat out
- Groceries
- Personal
- Clothing
- Transport
〰️Variable Expenses〰️

Of course, perlukan masa untuk latih diri.


Usually kita silap budget amount, ini sebab kurang/tak full tracking. Tapi takpe... keep going.

Give yourself 6 months, tapi Insha Allah bulan kedua pon duit akan ada lebih!

Tapi kena adapt whole system, baru nampak hasil insha Allah.


Tapi saya mengaku, memang akan overspend, tapi dalam keadaan terkawal.


Kita tau kita overspend kat mana, duit pergi mana, dan habit akan berubah.

Jangan percaya apa yg saya kata, BUAT DULU !

 

 

 

Going Cashless

 

How to make it efficient?
➡️Tracker!

Sama je macam Cash Envelope, kan kita letak duit dalam sampul, pastu ada tracker untuk track duit kita.

Tapi, cash envelope lagi power sebab kita nampak duit tinggal banyak mana.


Bukak envelope/sampul category eat out, kalau duit tinggal 50, so mind kita akan cuba adjust untuk berjimat cermat.


💰Bila CASHLESS, tricky part bila tak nampak duit physical.

 

So TRACKER begini adalah wajib!

1. Decide category mana yang nak track. Variable expenses ya, not fixed. 

2. Set a Budget for these category. Realistic Budget .

3. Countdown, Lets say budget eat out RM500. Spent RM100 today, so baki is RM400.


Know your balance to spend!
〰️barulah mind kita berfikir〰️

4. Try to stop spending when amount dah jadi Zero. Unless you think your budget is not yet realistic (awal-awal buat Rutin Urus Cashflow memang akan hadapi ini).



Here is the EXTRA perks of going CASHLESS

⚡️Kumpul points reward dengan guna ewallet contoh Grab points /Setel / Bigpay /what else?

⚡️Pilih ewallet yang akan beri anda maximum, tengok apa yang they offer, does it fit your lifestyle? Cth: anda suka Starbucks tapi nak cut down, but Grab Apps offer cheaper/free drink - so you wanna utilize this Grab .

⚡️Kami nak kumpul AirAsia points so we love to use Bigpay.

⚡️Saya sedang cuba RAIZ - link dgn maybank debit card, setiap kali swipe, balance sen tu akan masuk ke RAIZ & invested. Sila search & baca.

⚡️Save RM20 Monday juga saya link ke RAIZ. Only dua ini yang saya guna dengan RAIZ. I did not put extra money to be invested in RAIZ.