Selain fokus kepada megajar anak tentang puasa dan ibadah khusus Ramadan, saya sangat berpendapat Ramadan juga adalah 'training ground' terbaik untuk ajar anak tentang kewangan.
Seeloknya kita pernah bercakap ttg kewangan dengan anak, dan Ramadan adalah bulan melaksanakan apa yang kita ajar anak.
Sebagai contoh, kita pernah bercakap tentang nilai dan konsep SEDEKAH, dan disekolah pon mereka belajar tentang sedekah. Maka pada bulan mulia ini, elok kita beri peluang kepada anak utk melakukan amali bersedekah, biar mereka yang memasukkan duit ke tabung masjid, atau membeli makanan untuk diberikan kepada jiran-jiran.
Saya bercakap ttg kewangan kerana blog ini memang khusus " sharing kewangan dari KakNaf"
.Kalau anda belum follow saya di social media, jgn lupa follow di IG tau sbb saya banyak berkongsi di sana.
Berikut adalah beberapa cara bagaimana kita boleh memanfaatkan Ramadan untuk mengajar anak tentang duit dan pentingnya bersedekah:
1. Sediakan Tabung Khas untuk Sedekah
Anda boleh buat "Tabung Sedekah Ramadan" di rumah. Ajar anak-anak untuk mengambil sedikit setiap hari sepanjang Ramadan, dan encourage mereka masukkan duit itu ke tabung surau.
Saya sediakan duit RM1 dalam satu bekas, dan letakkan di area senang capai sebelum keluar rumah. Ingatkan mereka untuk masukkan kedalam poket sebelum keluar.
Habis terawikh, tanya mereka , adakah mereka ingat untuk menghulurkan duit itu.
2. Sediakan Checklist Amalan Baik
Buat checklist amalan baik harian untuk anak-anak seperti membaca al-Quran, bersedekah, membantu orang tua, dan lain-lain. Setiap kali mereka lakukan amalan baik, beri ganjaran kecil, sama ada dalam bentuk pujian atau sedikit duit atau memasak juada berbuka resepi yang mereka pilih.
Pada akhir Ramadan, bincangkan bagaimana mereka boleh gunakan ganjaran (jika ianya duit)
itu untuk membantu orang lain.
3. Ajarkan Nilai Kesederhanaan
Ramadan juga adalah masa untuk mengajar anak-anak mengenai kesederhanaan. Bincangkan dengan mereka tentang bagaimana kita patut berjimat cermat, tidak membazir makanan, dan menghargai apa yang kita ada. Kaitkan konsep ini dengan tanggungjawab kewangan dan ajar mereka untuk menghargai wang dengan tidak membeli sesuatu yang tidak diperlukan.
Jika kita terlebih beli makanan, dan agak membazir, beritahu anak-anak.
"Tadi kita beli banyak sangat, tak habis makan. Next time kita kena beringat agar tidak membazir"
Anak-anak kita masih kecil, kita sebagai orang dewasa perlu berikan mereka 'observation, sebegini agar lekat dalam hati anak-anak.
Tidak lupa juga tentang baju raya, jika kita sebagai parents berhabis duit untuk beraya, anak-anak akan observe dan ianya menjadi blueprint kewangan mereka.
Cadangan saya, involve anak-anak dalam hal baju raya, pilih warna ikut muafakat, bincang tentang budget raya especially jika anda ada anak-anak yang sudah besar (teenagers). Mereka boleh mula belajar tentang "budget" - belanja ikut budget yang diberikan.
4. Cerita tentang Keperluan Orang Lain
Bercerita kepada anak-anak tentang golongan yang kurang bernasib baik dan bagaimana bantuan kecil kita boleh memberi impak besar kepada kehidupan mereka. Ini boleh memupuk rasa empati dalam diri anak-anak dan membuat mereka lebih memahami erti sedekah.
Dengan melibatkan anak-anak secara aktif dalam aktiviti bersedekah dan pengurusan kewangan di bulan Ramadan, anda bukan sahaja mengajar mereka mengenai nilai kewangan, tetapi juga nilai kemanusiaan dan rasa empati terhadap orang lain.
5. Berikan Duit Raya Sebelum Aidilfitri
Sebelum hari Raya, ajar anak-anak untuk merancang bagaimana mereka akan menggunakan duit raya mereka. Bincangkan tentang kepentingan menyimpan sebahagian, membelanjakan dengan bijak, dan menyedekahkan sedikit kepada mereka yang memerlukan. Sebagai ibubapa, anda boleh cadangkan nisbah seperti 50% untuk simpanan, 30% untuk belanja, dan 20% untuk sedekah.
Saya ada video sharing tentang ini di sini.
Saya memberikan anak saya sorang satu buku cash envelope ini untuk mereka asingkan kepada 3S
S - spend
S- Savings
S- Sedekah

Anak-anak perlukan continuous learning tentang nilai-nilai seperti empati, sedekah, berkongsi, elak membazir, rasa cukup dan pelbagai lagi nilai murni.
Mengapa tidak mengambil peluang Ramadan untuk memupuk nilai-nilai ini.
Jika anda ada cadangan tentang hal ini, DM saya di instagram untuk share cara anda pula ya.

Comments