• Nafisah Amran

Melabur Kena Bayar Zakat?

Updated: Apr 5

Ya, setiap pelaburan jika cukup 'uruf' kena bayar zakat.

Habis tu, rugi lah invest.


Haha, jangan lah terdetik dalam hati kita macam tu, sebabnya ZAKAT INI wajib ya.


Kalau ASB nak tau berapa zakat kena bayar, boleh download apps myASNB, bila anda login, dalam ni terus dikirakan zakat berapa yang anda kena bayar. Untuk tahun-tahun kebelakang pon ada. So if kita tertinggal yang lama-lama dulu, kita bolehlah bayar balik.













Tapi sila alert yang zakat pelaburan lain dengan zakat simpanan.


Contoh macam ni⤵️


Jika anda invest di WAHED investment robo-advidor, untuk tahun 2021, anda cuba cek email anda, sebab wahed dah email & beritahu berapa jumlah zakat yang anda kena bayar sendiri.


Siap ada link terus untuk bayar zakat tu. Tapi anda boleh je bayar zakat guna kaedah biasa yang anda guna, atau ada kaedah lain best cara bayar zakat (saya akan kongsikan lagi nanti tentang ini).




Mungkin amount anda invest lebih banyak dari ini, tapi akan dikira full haul.

Boleh cari info kiraan zakat di website Zakat Negeri masing-masing.

Tapi utk WAHED, kita follow sahaja yang diberi, insha Allah.





TABUNG HAJI

Untuk Tabung Haji, Zakat tak perlu di bayar sbb TH dah bayarkan on behalf. Best kan? Walaupun dividien TH kadang-kadang kita rasa rendah sikit berbanding yang lain, tapi inilah kelebihan TH ...



Duit KWSP yang dikeluarkan kena zakat tak?


OK soalan cepu emas : DUIT KWSP YANG KITA WITHDRAW i- lestari, i sinar, i citra dan terbaru akan datang RM10,000. KENA BAYAR ZAKAT KE TAK??


Jeng jeng jeng!


Jawapannya, kena bayar. Sebab duit itu kita dah terima, dah jadi pemilikan kita 100%. Masa duit tu dalam KWSP, masih belum hak milik penuh kita. Tapi once dah terima masuk akaun, kenalah dizakatkan....


Tetapi, untuk pengeluaran KWSP ini ada dua hukum WAJIB & TIDAK WAJIB.


Rujuk gambar di bawah untuk penerangan lanjut.



OK semua, follow saya di IG untk topik zakat.

IG - https://www.instagram.com/nafisah_amran/



241 views0 comments

Recent Posts

See All