top of page
Post: Blog2_Post

Burnt out Kewangan, ada solusi ke?

Writer's picture: Wanita Perlu TahuWanita Perlu Tahu



Burnout kewangan terjadi apabila kita terlalu lelah dalam cycle kewangan yang asyik tidak cukup,

dapat gaji tapi duit habis mengalir macam air.


Terlalu cepat habis tapi hasilnya tidak nampak. mungkin kerana kita membayar balik hutang lapuk dari kesalahan lama, atau banyak sangat komitmen yang perlu dibayar.


kalau ikut chatgpt, ini definisi Burnt Out Kewangan:


Burnt-out financial merujuk kepada keadaan di mana seseorang merasa keletihan fizikal, mental, dan emosi akibat tekanan yang berkaitan dengan masalah kewangan atau pengurusan kewangan. Ini berlaku apabila seseorang berhadapan dengan beban kewangan yang terlalu berat, misalnya hutang yang berlebihan, kekurangan simpanan, atau ketidakupayaan menguruskan perbelanjaan harian.



Personally saya rasa, burnt out lebih cenderung kepada mereka yg hutangnya terlalu banyak. mungkin 50% gaji habis bayar hutang sahaja.

pentingnya kita tahu ratio hutang/gaji kita. hutang yg tidak membebankan adalah antara 30%. lebih dari itu, kita rasa lelah. duit habis bayar hutang jer. ada juga yg saya jumpa hutangnya sampai 60-70%.


Begitulah kita , silap langkah.


Apakah jika tersilap langkah kita tidak boleh keluar dari burnt out itu?

boleh, tapi jiwa harus kental. ini harga sebuah kesilapan yg kita cipta sendiri.


sebagai contoh, jika duit sentiasa tidak cukup, maka solusinya mungkin kerja lebih masa. Hujung minggu kena buat part time. Petang hari tambah lagi kerja grab contohnya. Banyak masa dihabiskan untuk menambah income.


Maka haruslah jiwa itu lebih kental untuk menempuh saat getir begini.


Tapi, tidakkah ini menambahkan lagi burnt out?


Jika kita punyai matlamat dan perancangan yg jelas, kita tahu kita sedang mencari jalan keluar.

Nampak hala tuju wpon penat bekerja.


Tiada Rancangan Kewangan: Ketiadaan rancangan kewangan yang berkesan untuk menguruskan pendapatan, perbelanjaan, dan simpanan, menyebabkan kekeliruan dan stress.


Maka, pentingnya di sini untuk nampak halatuju kewangan kita.


Cara Mengatasi Burnt-out Financial:

  1. Membuat Bajet: Mencipta bajet yang jelas dan mematuhi perbelanjaan bulanan dengan berdisiplin.

  2. Mengutamakan Hutang: Menguruskan hutang secara berperingkat dengan menggunakan kaedah seperti "debt snowball" (membayar hutang dari yang paling kecil).

  3. Menambah Pendapatan: Mencari sumber pendapatan tambahan, seperti kerja sambilan, untuk menambah aliran tunai.

  4. Mencari Bantuan: Menggunakan khidmat kaunselor kewangan atau penasihat untuk mendapatkan panduan.

  5. Mempraktikkan Self-care: Memberi perhatian kepada kesihatan fizikal dan mental kerana keletihan kewangan sering kali memberi kesan kepada kesejahteraan keseluruhan.


Jika burnout kewangan dibiarkan tanpa pengurusan, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan kebimbangan yang lebih serius.



Saya sering menekankan pentingnya buat budgeting kerana kita 'meluahkan' keresahan dan stress kewangan di atas kertas, iya, mungkin temporary measure, tapi ianya terbukti berkesan.


Jika anda tidak tahu nak mulakan budgeting, Budget Planner yang saya create boleh bantu anda.


Boleh mulakan dari situ okey. Tapi perlu ingat, burnt out adalah symptoms, kita perlu cari root CAUSE . mengapa kewangan kita jadi begitu? cari puncanya, baiki dari akar.


Jgn lupa follow saya di IG, banyak sharing santai di story.




154 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page