• Nafisah Amran

Nafkah Isteri Suami Perlu Tahu

Semalam dengar di IKIM pasal isu suami beri nafkah kepada isteri.


Saya dengar half way je, so maybe tak dapat semua. Cuma tertarik dengan jawapan Ustaz (tak pasti siapa cuma suara sangat familiar).


JIKA SUAMI TAK BERI NAFKAH (DUIT) - nak buat bagaimana?


Ustaz kata - MINTA LAH. Minta, tanya, ask for it.


Saya terfikir, mungkin ramai wanita bila suami tak bagi duit nafkah, mungkin kita LUPA nak minta? Kita tak buka mulut bagitau, "Ayang you wajib tau bagi nafkah dekat I walaupun I kerja".


Atau kita buat-buat diam pastu makan hati??


Mungkin suami kita lupa - serabut kot fikir macam-macam, busy lagi.


Bila Ustaz kata dengan lembutnya - MINTALAH (memang lembut nada beliau masa ni, saya terkedu - adakah EGO kita sebagai isteri, tak tergamak nak minta?


Walhal jika kita sayang pada suami, ingin sama-sama hidup aman damai sampai ke syurga, kenalah kita sedarkan suami tentang hal wajib ni kan.


Pesanan juga kepada para suami kawan-kawan saya di sana, walapun isteri duit banyak ke sedikit ke, walaupun isteri bekerja ada duit sendiri, WAJIB bagi duit pada isteri.


Tapi Ustaz kata, jika suami tak bagi juga, isteri cubalah berlapang dada & redha - halal kan, tapi buat niat selama setahun contohnya. Lepas setahun, MINTA lagi pada suami... Remind him again.


Jika suami betul-betul tak mampu - boleh niat berhutang nafkah dulu pada isteri. Tapi nama pun hutang, kena lah bayar.


Lagi satu, wajibkah suami actually bagi duit kepada isteri?


Sebenarnya cuba kita faham ni, dari MUFTI wilayah, baca penuh di sini:


HUKUM NAFKAH PASANGAN YANG BERNIAGA BERKONGSI KEUNTUNGAN

Jika suami dah beri semua ini, kalau ikut faham, tak perlu dah beri cash.


Tapi sebagai wanita, kita suka dapat cash tu. Contoh macam pakaian, alat-alat bersih diri tu, bagilah cash, kami nak pilih beli sendiri. Aaa gitu kan senang.


Just sharing, no isu tau saya dengan suami, kang jadi propaganda pula.


Just sharing sebab perhaps kita isteri terlupa minta, suami terlupa nak bagi, diam-diam makan hati...


Kepada para suami, ingatlah motto ini - HAPPY WIFE, HAPPY KIDS, bahagia rumahtangga 💋


#wanitaperlutahu

Love,

Naf.


p/s: letak Love sebab betul-betul tulis dari hati sanubari just to share manatau bermanfaat untuk mana-mana pihak.


Check IG highlights “Shared Expenses” for more details on:


- Nafkah tu apa?

- Ideas macam mana nak align nafkah/suami/isteri.


IG Reels Shared Expenses



579 views0 comments

Recent Posts

See All