top of page
Post: Blog2_Post
  • Writer's pictureNafisah Amran

5 Ideas Where to Invest Small Amount in 2024

Updated: Jan 19

Tahun 2024 kita nak invest!


Tapi saya tahu, ramai yang masih tak tahu nak mula dari mana, takut nak invest sebab banyak kan dengar scam sana sini.


Ramai sangat followers IG saya (anda dah follow?) yang sebenarnya hanya berani letak duit dalam akaun bank. Dapat gaji, kalau ada baki, biar je dalam akaun. Bertahun-tahun buat macam tu sampai akaun bank baki berpuluh ribu.


Ye jangan terkejut, ada orang macam ni. Kalau ini anda, please kita alihkan duit tu ke AKAUN INVESTMENT yang beri keuntungan tahunan. Rugi biar dalam tu. Paling kurang letaklah di ASB/TH okey. Modal tak hilang (capital protected), dapat dividen setiap tahun.


Kalau nak pulangan lebih, kenalah amik investment platform yang lebih risiko. Ingat, higher return bermakna risk pon lebih tinggi sikit lah. Maksudnya apa?


Cth jika anda letak di ASB/TH, tak ada risk langsung, zero sebab capital/modal anda tadi tidak akan turun langsung. Tapi pulangan ASB/TH macam kita tau lah, around 4-5% sahaja.


Kalau nak return lebih dari tu? Kenalah cuba invest di platform lain, tapi ini bermaksud modal anda boleh susut. Cth beli UNIT TRUST RM10,000, lepas beli je tengok nilai jadi RM9000 sebab harga unit menurun. Jadi investment begini perlukan MASA - barulah nampak nilai investment kita menaik.


Tapi to be honest, I am not a fan of UT, saya rasa ada banyak platform investment yang kita boleh invest sendiri, yang boleh beri better option etc.


Tapi anda kena tahu risk appetite anda! Dan kena ada ilmu lah.


5 yang di bawah ini adalah permulaan sahaja. Untuk anda yang:

  • Tak pernah invest

  • Baru nak invest

  • Nak bina HABIT invest

  • Baru nak cek risk appetite tapi takut lama sangat nak cek, mulakan je invest di platform yang you biasa dengar

  • Anda amaun modal kecil, investlah walaupon sedikit tapi konsisten


Dari sini, cari ilmu dan invest kat investment yang anda selesa dan sesuai dengan financial goals anda okey.


Stay tune for more investment options (mostly saya share di IG story).


TH dan ASB kita consider sebagai WAJIB ada so tak masuk dalam 5 senarai yang saya suggest.



Tabung Haji (minimum RM5)

Guna apps THijari takde caj


 

ASB (minimum RM10)

Guna apps/portal MyASNB tiada caj


 

1. RAIZ App (minimum RM5)

Saya dah lama tak invest di RAIZ, cuba anda cek, ada banyak pilihan portfolio baru.


-takpasti ada caj or not


 

2. Maybank MIGA-i (minimum RM10)

(Tiada caj fee sbb within maybank )

MIGA ialah investment emas under Maybank acct, jika anda pengguna Maybank, mudah sekali untuk mulakan investment emas mengggunakan MIGA-i ini. Klik-klik ajo terus zass terbeli emas.


 

3. LUNO (minimum RM10)

LUNO adalah platform untuk beli crypto seperti Bitcoin dll. LUNO diselia oleh Sec Commision Malaysia, dan coins yang ditawarkan adalah patuh shariah.


RM10 adalah minima tapi akan dikenakan caj fpx, jika anda ada modal RM100, seeloknya sekali transfer RM100 ke atas.


Saya banyak share tentang crypto boleh cek Instagram highlights saya.


You're invited!

1. Sign up with my invite link

2. Deposit and buy RM250 in any crypto (Luno exchange not included)

3. We both get RM50.00 free BTC


 

4. TNG GO+ (minimum RM10)


Sesuai untuk park duit sinking fund atau duit yang belum lagi nak guna tapi perhaps akan digunakan dalam sebulan dua.


 

5. Wahed Invest (minimum RM50) - ETF untuk US stocks.

Ada fee caj fpx transfer

Ada fee caj on account


Jika anda nak invest US stocks tapi taknak invest stock directly, ETF adalah pilihan terbaik. Wahed akan belikan stocks yang shariah & berpotensi. Anda kena faham konsep ETF, mudah je.



Saya prefer invest thru WAHED sebab kos yang sangat rendah! Sangat-sangat rendah, tak sampai RM1 pon depends jumlah RM portfolio anda.



Saya ada banyak share di blog ini tentang WAHED, boleh refer post sebelum.





1,020 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page