• Nafisah Amran

Sinking Fund: Peace of Mind?

3 tabung ni wajib ada! Kenapa?

1. Semua orang beraya atau celebrate perayaan.


2. Yang ada kereta wajib buat tabung ni jangan nak swipe credit card renew insurans tanpa ada duit ni dulu.


3. Yang ada anak sekolah wajib buat sinking fund "Back to School".


Sekarang memang tak rasa, nanti duit keluar macam air...


Tak kisah income anda berapa, kalau buat ni walaupun small amount, anda akan berjaya keluar dari⚡️ rat race cycle⚡.


Rat race cycle ni apa?

Zaman harga barang naik, pandemik, macam-macam faktor luaran yang menyebabkan jadi “income cukup-cukup”.


Tapi percayalah ada jalan keluar.


Takmampu nak type kat sini , but 1st thing to change ialah ⤵️

⚡️Mindset ⚡️


Kalau stucked dalam cycle gaji habis untuk bayar semua komitmen, tak ada simpanan atau tak invest enough, masih ada harapan ke nak improve??


YESSSS! Yes & yes!


Sebab tu perlunya sinking fund supaya kita tak korek tabung bila tiba masa untuk renew insurance kereta contohnya, amaun bukannya sedikit.


Contoh lain yang selalu terjadi ialah masa musim raya. Kita mungkin tak sedar banyak duit yang kita keluarkan untuk raya.


Sinking Fund Raya 2023?


Jom saya breakdown untuk apa⤵️


1. Sedekah Ramadan.

2. Duit raya.

3. Belanja dapur masa raya & masa puasa hujung-hujung tu dah berkumpul ramai-ramai kan, silalah contribute.

4. Duit untuk perjalanan balik kampung.

5. Baju raya, kuih raya, segalanya makanan raya.

6. Masa ni la tukar cadar, langsir, beli pinggan la.


Tips ⚡️jika anda enjoy shopping masa raya sebab feeling festive, tak ada salahnya, saya tau ramai yang masa ni lah baru shopping, baru tukar baju luar dalam.


Tak salah nak belanja, cuma kita nak elak dari berhutang. Sebab tu "Sinking fund is a peace of mind". Duit yang kita simpan tu memang untuk diguna.


Lets get the money ready. Kalau tak mampu simpan banyak, simpanlah walaupun sedikit…



353 views0 comments

Recent Posts

See All