top of page
Post: Blog2_Post
  • Writer's pictureNafisah Amran

Wahed Invest Ni Apa?

Updated: Oct 12, 2022

Ok kita start balik dari awal, dengan menjawab soalan apa itu Wahed.



Jom berkenalan dengan Wahed Invest. WAHED Inc merupakan syarikat teknologi kewangan Islam pertama (fintech) di dunia yang telah menyediakan akses kepada pelaburan Islamik ke lebih 130 negara, termasuk pasaran utama seperti India, Pakistan, Nigeria, Timur Tengah dan Afrika Utara. Wahed Invest dilancarkan di US pada bulan Mei 2017 sebelum diperluaskan lagi ke pasaran UK pada tahun berikutnya, 2018.




Pada 29 Oktober 2019, Wahed Invest mengumumkan pelancaran platform pelaburan digital Islam pertama di Malaysia. Ini merupakan peluang terbaik untuk diceburi oleh rakyat Malaysia bagi mengembangkan kewangan dengan pelaburan luar negara yang patuh syariah ini.

Wahed Invest menawarkan konsep diversify dengan menyediakan tujuh pilihan portfolio dengan peruntukan modal pelabur kepada empat platform iaitu saham di US, saham di Bursa Malaysia, sukuk dan emas. (sekarang 2022, dah ada lebih dari 7 pilihan)


Di Malaysia, Wahed merupakan salah satu penasihat robo (robo advisors) atau Digital Investment Managers (DIM) yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).


Robo advisors adalah kategori penasihat kewangan yang menyediakan nasihat kewangan atau pengurusan pelaburan secara online dengan intervensi manusia yang minima.

Sebab itu fee yg dikenakan kepada kita pengguna, minima.

Mereka memberikan khidmat nasihat kewangan digital berdasarkan peraturan atau algoritma matematik.


Setakat Mac 2021, hanya tujuh robo advisors / DIM yang diluluskan oleh SC:


1) Akru Now 2) Best Invest BIMB 3) MYTHEO 4) Raiz Invest 5) Stashaway 6) UOB Asset Management (UOBAM Invest) 7) Wahed Technologies (Wahed Invest)


nak baca pasal 7 Robo Advisor di Malaysia boleh tekan baca kat BLOG ni



Status Shariah?

Wahed Invest yang diberikan status patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS).

Raiz tidak diberikan status patuh syariah oleh MPS tetapi dihukum 'harus', mengikut hukum ASB.

Best Invest juga melabur dlm dana islamic.


Wahed Invest mempunyai 3 orang ahli panel penasihat syariah iaitu Dr. Aznan Hasan yang merupakan Ahli lembaga shariah AAOIFI, ahli panel penasihat shariah KWSP dan Maybank Islamik.



Selain itu, Mufti Faraz Adam yang merupakan penasihat syariah Amanah Advisor, penasihat kewangan Islam dan Fintech untuk beberapa syarikat diseluruh dunia dan penulis di Islamic Finance Guru (IFG).


Shaikh Muhammad Ahmad Sultan yang berpengalaman dalam bidang perkhidmatan kewangan dan perbankan runcit serta perbankan pelaburan. Beliau juga menerima ijazah sarjana muda Sains Islam daripada Jami'ah Dar al-Uloom dan menerima ijazah sarjana dalam bidang Fiqh & Usul ul Fiqh daripada Jami'ah Ahsan al-Uloom.


Selain itu, pengarah eksekutif dan pengurus dana untuk Wahed Invest di Malaysia juga adalah seseorang yang sangat berpengalaman dan berkredibiliti dalam bidang pelaburan ini. Beliau adalah Tuan Izzat Fadhli yang mempunyai pengalaman sebagai pengurus dana bagi Permodalan Nasional Berhad (PNB) selama setahun sebulan dan pengurus dana bagi Singapore Unit Trusts Limited selama 2 tahun 7 bulan.


Orang2 hebat di belakang WAHED.



Do you know this guy?


Nak faham lagi apasal Wahed, cuba tgk video official ni.




Recently, WAHED melangkah lagi dengan berita ini..






Bersambung ke Bagaimana Duit kita di laburkan di WAHED?


Jika nak invest, download apps WAHED Invest dan masukkan code 'nafbin1'

anda akan dpt rm10 as gift.







Credit to Tuan Naim al-Jauhari, Founder of Saham Sharing Plus,


4,532 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page