top of page
Post: Blog2_Post
  • Writer's pictureNafisah Amran

Kat Mana Nak Invest 2022

Updated: Apr 28, 2022

Ramai berazam baru untuk nak start investing. Jika anda follow IG saya, saya dah buka topik invest ni dari tahun lepas. So ini antara senarai kat mana nak invest untuk beginner. Saya pasti banyak lagi platform investment lain, tapi ini so far yang saya ada pengalaman, dan remarks tu adalah dari own explaination dan unbias judgement as investor. Apa pun please assess your own risk.


1. ASB - top of the list, tapi saya hanya akan letak amount Emergency Fund sahaja. Jika Emergency funds anda masih belum cukup, anda patut masukkan duit secara komited ke ASB, contohnya mungkin RM500 sebulan, sehingga EF anda cukup. Once EF cukup we should stop contributing to ASB ni kerana kita nak invest di platform lain yang boleh beri lebih banyak return. EF di ASB kerana capital guaranteed + sangat selamat. Read more pasal EF di blog ini. Hujung tahun bila ASB declared dividen, kita perlu evaluate balik EF kita, perlulah dividen ditinggalkan dalam ASB itu (jika dah pernah guna untuk expenses kecemasan, boleh adjust accout ini). Jika amount EF dah cukup (sebelum penambahan dividen), boleh consider untuk ambil dividen dan invest di tempat lain.


2. PRS - private retirement scheme. Anda boleh letak RM3000 setahun untuk maksima kan tax relief anda. Apa itu PRS boleh baca di link ini. Semenjak saya aware of financial planning, saya tidak missed invest di PRS kerana saya yakin bila saya retire nanti, saya pasti perlukan dana ini.


Dana ini adalah TOPUP extra selain EPF, Pencen yang kita ada.


Dana ini anda boleh pilih mcm anda pilih funds unit trust, ini cth return yang dipaparkan di website official PRS. Tengok kanan tu on return, bagus kan?


So reason kenapa kita perlukan dana PRS extra as our retirement funds ialah sebab dana-dana PRS ini boleh beri lebih, dan syarat withdraw hanya pada umur bersara.


Kita nak sesuatu yang solid bila bersara nanti duit itu ada tersedia, so PRS adalah satu platform sangat bagus untuk tujuan ini.



3. Unit Trust - macam biasa unit trust ni memang dah common sangat so saya taknak ulas sangat. cuma saya nak anda tahu yang anda boleh invest beli sendiri unit trust tanpa melalui ejen menggunakan platform FSMOne, Eunittrust .Anda kena riki2 cari-cari dana yg sesuai dulu, tapi if saya nak mudah mmg thru FSMone sahajaa sbb fee rendah dan FPX shj.



Kelebihan? UT fee yang lebih rendah. Dan saya suka sebab hari-hari boleh tengok kalau nak. All thru apps je. Jika nak withdraw pun tekan je dan duit terus ke akaun kita but at least 1week processing.


Dana apa taktau nak beli? Ini memang kena baca-baca di group FB, ada group unit trust anda boleh cari. Tapi saya suka Global Funds, my exp china funds teruk turun pada 2021, global funds lebih promising.


Satu dana yang saya ada (saya takde byk dana pon) yang hijau (profit) sepanjang 2021 ialah manulife Shariah Global REITS. Baca about funds ni kat sini.




4. IPO - IPO ni selalu sangat saya cakap di IG saya, boleh tgk ig highlights saya saved byk kat IG. Tengok kat sini


5 - Saham tapi sebabkan saya takde ilmu saham Techinal Analysis dan tiada masa sangat, saya tak invest di saham. tapi i am looking into saham shariah yg beri dividen setiap tahun, anda ada nak rekemen? boleh DM saya di IG.


6. Wahed Robo Advisor. Macam mudah sangat yang ni, masuk je duit, robo ni tolong invest kan. Returns wahed sangat bagus.. pengsan tengok return kan? haha. Tapi kena faham cara dia bagi return. Semuanya ada tulis kat apps Wahed ok. Kat IG pun ada saya saved kat highlights.



7. Private Mandate - ada satu ketika famous sangat Private mandate ni, tapi so far saya masih tidak puas hati dengan return investment ini. Adakah terlalu over-marketing? Saya tggu report 2022 dan akan update. So far 2021 saya sangat tak puas hati dengan return ini, dan bear in mind kena invest minima 50k. Harap 2022 ada positif lah investment ini.


8. Crypto - ok ini saya sangat suka, tapi anda perlukan ilmu nak jump in. Tapi kena belajar banyak lagi..... Saya ada sifu & support group utk invest di crypto.

saya belajar dari sini, anda boleh sign up menggunakan referal code saya

BERANIKRIPTO


UPDATED April 2022

Saya pindahkan tabung EF ke Tabung Haji, sebab saya sudah mulakan invest on ASBfinancing. Dulu saya rasa ASBF ni tak best, rupanya sbb dia kacau cashflow, itupon sbb saya amik asbf tanpa actually buat monthly budgeting. so amik ikut dan orang kata.


now bila cashflow dan ok alhamdulillah, dah reduce byk loans (throughout the years), now nak start balik sbb asbfinancing ni leverage investment.

Boleh DM saya kat IG utk join private group ASBF (sesi sharing jer)



A video coming up for this topic but so far this is it for me.

Anyway ini antara platform lain yang kita boleh invest.


3,884 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page