top of page
Post: Blog2_Post
  • Writer's pictureNafisah Amran

Tips Raya Sederhana

Updated: Apr 4

Dah nak buka sekolah, nak puasa, lepas tu raya pulak. Fuhhh. Amacam korang ok tak tu? Yang buat sinking fund raya & back to school insha Allah ok.


Anda pernah buat tak bajet raya? Bajet raya ni boleh buat sebelum hari raya jugak ye.


Kenapa kena buat bajet raya ni?


✅ Supaya kita tak berbelanja secara berlebihan. Hanya ikut bajet raya yang kita dah buat.


✅ Dapat mengawal kewangan kita dengan lebih baik supaya tidak membeli ikut nafsu.


✅ Dapat tahu jumlah duit yang kita perlukan sebelum hari raya nanti.


Bajet raya ni kita boleh listkan barang-barang yang kita perlu atau nak guna masa raya nanti. Contoh, baju, makanan, transport & sebagainya.


Ini hanya bajet sahaja, bila kita dah start beli barang boleh terus tulis amaun berapa dekat situ.


Contoh bajet raya ni guna template yang dah ada dalam budget planner, lebih mudah & jelas.



Tak salah nak shopping, kita cuma nak elakkan pembaziran, menyesal beli, dan berhutang.


Hutang beraya boleh menyebabkan cashflow negative untuk bulan- bulan akan datang.


Raya ikut poket masing-masing.


Jangan sampai bocor!



Plan = tahu berapa duit ada yang boleh belanja untuk raya.

Lepas tu set allocation untuk yang penting dulu contohnya kos balik kampung & makan-makan raya di kampung.


Plan = tahu apa yang dah ada dan tak semua perlu beli baru, baju-baju lama yang tak pernah pakai tu kee.

Mana boleh jimat, kita cuba jimat.



Jangan lupa allocate duit untuk bulan puasa juga, masa ni lah banyak pahala boleh kumpul. Banyakkan bersedekah, belanja keluarga makan etc.


 

Saya dah share banyak tentang tips bajet raya, boleh baca di post sebelum ni.



Untuk pembelian budget planner, tekan link ni https://thecashflowedit.myshoppegram.com/


Follow Instagram https://www.instagram.com/nafisah_amran/ for more financial tips.

488 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page