top of page
Post: Blog2_Post
  • Writer's pictureNafisah Amran

Berapa "Emergency Fund" kita perlu ada

Updated: Nov 2, 2022

Ada 2 tier of EF:


STARTER EMERGENCY FUND RM1000

FULL EF seperti dalam poster ini.


Jika kita masih belum ada langsung TABUNG EF ni, kena start dengan Starter EF dulu.


Starter EF ni ialah RM1000, tapi jika anda rasa ini sikit sangat, naikkan amount ini. Boleh jadi RM5000 lebih selesa untuk anda & keluarga.


Bila kita dah build up STARTER EF, then kita boleh move to the next step iaitu 'bayar hutang'. Bayar hutang especially yang high interest seperti Credit Card Debts.


Lepas kita fokus bayar hutang ini, Cashflow kita akan boleh bernafas. Kita free up some amount of money dari cashflow kita. Katakan lepas settlekan hutang CC, kita freed up RM500/mth.


Now barulah kita masuk step 2, penuhkan FULL EF pulak. RM500 sebulan ini hantar terus ke Tabung EF.


Ok, so saya taknak anda salah faham kena terus buat FULL EF which is 3 -6 months of living expenses. Risau pulak anda rasa figure tu besar so demotivated along the way.


⚡️Laju-laju kita penuhkan dulu STARTER EF ya⚡️


Jika saya, saya pilih RM5000 sebagai STARTER EF keluarga saya.


A video coming up next, saya akan explain lagi on 2 tier ini, dan how to build up EF (1) & (2) laju-laju.


TIPS 💯


Bila kita nak mulakan EF ni, kita boleh 'gather' duit yg kita ada sekarang.


Jika anda ada savings yang general, maksudnya duit savings ada tapi tak specific untuk apa.


Tarik duit dari savings ini, letak asing as STARTER EF.


So, berapa amount STARTER EF yang anda decide nak mula?


RM1000 or RM5000? or maybe other amount?


Komen kat bawah.




Recent Posts

See All
bottom of page