top of page
Post: Blog2_Post
Writer's pictureWanita Perlu Tahu

Bina Dana Kecemasan

Updated: Feb 25, 2022

Sejak dilanda Covid, ramai rakyat Malaysia lebih aware tentang Dana Kecemasan, kerana ramai yang dibuang kerja, gaji berkurang, gaji kena hold, income mungkin terjejas.


Dana, Tabung Kecemasan atau Emergency Fund, sangat penting dan essential untuk setiap orang. Kegunaan dana kecemasan ialah untuk:


The purpose of an emergency fund is to improve financial security by creating a safety net that can be used to meet unanticipated expenses, such as an illness or major home repairs. 1 Assets in an emergency fund tend to be cash or other highly liquid assets.


Bagaimanakah cara kira yang tepat?


Ramai yang ambil cara mudah iaitu

- Kira berdasarkan gaji. Jumlah Gaji x 3 bulan.


Tapi soalannya, gaji isteri atau gaji suami?

Atau combined gaji?

Tidakkah terlalu banyak jika combined GAJI X 3 bulan.


Adakah 3 bulan, kenapa setengah orang kata kena 6 bulan?



Baiklah, INI cara sebenar kira Dana Kecemasan.


Dana Kecemasan adalah berdasarkan Jumlah Perbelanjaan Seisi Keluarga.


Perbelanjaan adalah berdasarkan yang BASIC sahaja, ianya dipanggil 4 walls expenses.


4 Walls ini adalah perkara paling penting yang patut dibelanjakan secara priority.

Maksudnya, jika kita dalam kesempitan duit, kita patut HANYA tumpukan kegunaan duit yang ada untuk 4 perkara asas ini.


Perbelanjaan 4 Walls ini ialah :


1. Grocery Expenses


Jumlah yang cukup untuk sebulan. Food adalah paling basic sekali. Tidak termasuk fancy eat out hujung minggu, tidak termasuk Grabfood, tidak termasuk tapau.


Logiknya, jika semasa kita sedang kesempitan duit, kita sepatutnya dalam mode berjimat cermat. Maka, amount ini hanyalah untuk GROCERY. Berapakah amount grocery keluarga anda setiap bulan? Ada pernah catatkan? jika belum, inilah masanya untuk track balik rekod Grocery Spending bulan lepas.


2. Rumah yang diduduki


-Jika menyewa, masukkan nilai amount sewa.

-Jika rumah ada lebih satu, hanya masukkan nilai loan rumah yang diduduki.


3. Transport - kereta & minyak, tol, dll


-Kita perlukan satu kenderaan untuk bergerak.

-Jika kita hilang pekerjaan, we need a car untuk ulang alik dalam mencari kerja baru.

-Jika anda ada dua kereta, ambil kira satu kereta sahaja sebagai pengiraan.


4. Utilities Bill


-Electric, bil air, bil internet , bil yang penting sahaja.

-Tidak termasuk entertainment seperti Netflix, Astro dll kerana jika kira benar-benar kesempitan wang, perkara ini adalah too luxury.


Ini adalah 4 perkara yang BASIC dalam kehidupan, maka kita kira amount setiap bulan yang kita belanja untuk ini. Secara ringkasnya, saya dah buat spreadsheet ini.


4 Walls = a+b+c+d

Beyond 4 Walls jika anda nak tambah, boleh add e + f.

Cara Setup Dana Kecemasan, ada tiga video boleh tengok:


1. Cara Kira 4 Walls



2. Cara Pilih Berapa Bulan , 3 bulan or 6 bulan or lebih?







3. Kalau dah ada Savings, tapi takde lagi Emergency Fund. So anda boleh asingkan sahaja duit sedia ada as EF. Contohnya anda dah ada Savings 30,000. Bila kira, EF anda ialah 20,000. SO just amik 20k dari savings anda dan reallocate as EF.





4. Jika ada banyak EMAS, adakah boleh kira as Dana Kecemasan?

Susah juga nak jawab ni, tapi anda kena fikirkan situasi anda. At least kena ada 50% cash untuk situasi kecemasan contohnya kereta rosak, rumah perlu baiki urgently. Medical emergency.... kes sebegini perlukan CASH.



Contoh situasi boleh gadai emas ialah bila hilang pekerjaan, or income menurun. Yes, kes begini boleh gadai emas. Jadi, anda decide berapa % emas yang anda nak letak dalam EF anda.


Saya TIDAK kira emas yang sedia ada as EF saya.



Money tools untuk baiki cashflow anda boleh check di sini.


Saya started sharing tentang PENTINGNYA ADA DANA KECEMASAN dari sebelum PKP1.0 lagi. Banyak sharing yang saya dah saved di IG highlights.








Recent Posts

See All

Comments


bottom of page