top of page
Post: Blog2_Post
  • Writer's pictureNafisah Amran

Tukar Akaun Conventional Kepada Islamic

Updated: Nov 2, 2022

Ramai yang tak perasan akaun bank mereka jenis yang conventional. Contohnya macam saya, masa bukak akaun dulu masa umur lepas SPM, so masa tu kita just follow je. Lama-lama dah biasa guna akaun tu, eh rupanya non shariah ye.


Pastu jadi pulak, masa setup akaun kat CIMB sebab loan rumah approved, memang dah mintak Islamic account. lepas dah siap setup semua, eh eh kenapa banker ni bagi account conventional? Hai lah, pernah jadi tak? Saya tau banker ada kuota mereka kena achieve, tapi as muslim to muslim, please jangan buat camni ya.


Now, bila nak pi tukar akaun conventional to islamic, ini yang saya belajar.


FOR MAYBANK:

Boleh tekan kat website je, sangat mudah. Tekan APPLY (atas) , kemudian cari ini.



Kalau ada akaun yang eligible untuk tukar , maksudnya akaun masih conventional, akan ada options untuk tekan dan tukar ke islamic.


NOW, saya tau soalan dalam kepala anda.


Lecehlah, nanti no akaun berubah!

HAA, tidak, no akaun akan stay sama.

Yay, mudah kan.


So mari cek jika anda pengguna akaun Maybank.


Untuk CREDIT CARD, sama juga, ramai sangat tak perasan CC mereka conventional.

Kenapa? Tak boleh ke?


Credit card conventional hukumnya haram, sebab riba.


Islamic dibolehkan sebab aqad tu Islamic, konsep berbeza. Kat sini kita takyah argue ok. Kita ikut sahaja hukum.


Untuk tukar CC kepada Islamic, ini kena buat di branch.


Semua outstanding balance akan di convert ke balance transfer under new credit card.


Bagus juga balance transfer ni kalau BAKI BANYAK, mintak buat instalment.


Tapi kalau anda struggle dengan hutang credit card yang tinggi, saya cadangkan anda bayarlah hutang tu dengan guna teknik *guna assets cash/cash equivalents*.


Sebab tak berbaloi simpan BAKI CREDIT CARD hutang lapuk sebab anda kena caj 18% setahun.



OK so ini yang saya tau untuk Maybank.


SO far untuk bank-bank lain, saya tak pasti. Tapi CIMB memang takde option tukar ke islamic tekan di website mereka, so kena walk in ke branch juga.


Ini azam kita, yang boleh tukar ke Islamic, kita tukar ok.



3,755 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page