top of page
Post: Blog2_Post
Writer's pictureNafisah Amran

3 Jenis Sinking Funds

Sinking fund ni ialah cara paling efektif untuk simpan duit untuk 3 perkara.


SINKING FUND WAJIB


Sinking fund wajib ni ialah sinking fund yang kita guna bila perlu, atau dalam erti kata lain tabung kecemasan lah (emergency fund).


Contohnya, kita simpan RM3000 untuk emergency fund. Kebetulan kereta rosak, paip rumah bocor. Duit dari tabung ni lah yang kita akan guna untuk situasi macam ni.


Jangan sayang pula nak guna duit EF ni, jangan swipe credit card tapi lepas tu berhutang tak bayar.


Tapi jika ada credit card, mudah juga sebab perkara emergency, swipe credit card dulu, tapi FUND dah ada nak bayar. Tak risau!


Gunakan duit EF untuk perkara yang tak dijangka, itulah tugas utama tabung kecemasan.


Macam mana nak tahu berapa amaun yang kita perlukan untuk EF? Boleh refer video di bawah.


Nak mudah, isi je template dalam Brilliant Budget Planner ni. Ada video guide dan formula nak kira berapa EF yang anda perlukan.



Emergency fund tracker ni untuk mudahkan kita track duit keluar masuk tabung EF kita. Kalau tak tulis, kita mungkin terlupa duit tu dah guna untuk apa? 🤔


Bila guna tracker macam ni lebih mudah untuk kita tahu perkembangan duit yang kita simpan/guna ✨


For more details about Emergency Fund, read here.

 

SINKING FUND KEPERLUAN (NEEDS)


Sinking fund keperluan pulak ialah sinking fund untuk perkara yang berulang setiap tahun. Kita tahu events ni memang akan jadi.


Contohnya renew roadtax insurance, raya, back to school, etc. Semua ni events penting yang perlukan amaun yang besar.


Musim raya ni banyak perbelanjaan yang diperlukan tapi bila dah buat macam ni, tak risau dah duit pun dah ready 🤩


Ni satu idea untuk korang yang plan nak buat korban tahun depan, boleh mula simpan duit setiap bulan iaitu Sinking Fund! Bila kumpul macam ni, time raya nanti duit dah ready ✅🤩



Let’s get the money ready. Kalau tak mampu simpan banyak, simpanlah walaupun sedikit ✨

 

SINKING FUND KEHENDAK (WANTS)


Sinking fund kehendak ni maksudnya kita simpan duit untuk perkara atau event yang kita nak terjadi.


Contohnya, kita nak pergi travel sekeluarga, nak sambut birthday dan anniversary etc. Boleh juga simpan SF wants ni untuk benda mahal atau big purchase yang kita nak ada contohnya iPhone baru, vacuum Dyson etc.


Save now, BUY later. Barang idaman ni kita simpan dulu duitnya baru beli ok. Tahtah tiba masa, tak jadi beli 😅


Tabung self care guna untuk diri anda sendiri contoh nak beli skincare, pergi spa massage ke, nak beli tudung ke dan macan macam lagi! Bila buat ni senang, nak guna ada dah duitnya 😍



Kalau anda belum pernah buat sinking fund, saya nak cadangkan anda mula dengan sinking fund raya atau any festive dulu.


Selalu rasa macam susah nak savings kan? Jom ubah mindset, baiki cara urus cashflow anda mampu mengubahnya ✅



Read more about Sinking Fund here


Follow Instagram @thecashflowedit @tcespreadsheet @nafisah_amran for more financial tips.


Shop our digital products here


For budget planner, get it on our Shopee or TikTok Shop


Recent Posts

See All

Comentários


bottom of page