top of page
Post: Blog2_Post
  • Writer's pictureNafisah Amran

Savings Part I

Updated: Jul 11, 2023

Sinking Fund Master List (Page 37)


Raya / Festive Budget (Page 38)


Plan = tahu berapa duit ada yang boleh belanja untuk raya.

Pastu set allocation untuk yang penting dulu contohnya kos balik kampung & makan-makan raya di kampung.


Plan = tahu berapa duit ada yag boleh belanja utk raya.

Mana boleh jimat, kita cuba jimat.


Break down ikut category apa barang raya nak beli. Kena berzikir skit “Aku ada RM3000 je jangan lebih bajet”


Belanja untuk raya ni seram sikit sebab senang nak terover bajet.



Raya / Festive Fund Tracker (Page 39)


Sinking Fund Raya wajib ada setiap tahun. Sapa ada angkat tangan! 🙋🏻‍♀️Komen utk beri motivasi, lepas raya ni sapa belum ada jom mulakan.


Guna Brilliant Budget Planner ni untuk urus kewangan anda.


Travel Budget (Page 40)


Berapa total cost bawak anak-anak pergi bercuti Legoland?


Ini satu-satu saya break down cost ikut category. Harga mungkin berbeza ikut musim cuti dan tarikh korang pergi, buat research dulu ya.


Yes of coz boleh kurangkan lagi gaya jimat, takde masalah. Ini saya bagi kos betul-betul kami habis termasuk masuk beli toys lego (unplanned tapi gagal halang anak-anak 🙊)


So jika anda nak pergi, please buat SINKING FUND LEGOLAND.


Means kita akan set bila nak pergi, siapkan duit cash dulu... baru kita pergi.


Please don’t swipe credit card & fikir macam mana nak bayar later. NO.


Mari kira 👇🏻


Guna contoh real life spent:

Total Cost =RM4517.1

Kalau anda nak pergi setahun lagi,

RM4517 bahagi 12 bulan = RM377/bulan


Masukkan dalam budget monthly anda RM377 sebagai Sinking Fund Legoland 2024.


Kalau anak-anak masih kecik, saya cadangkan pergi masa age mereka 6tahun ke atas, tinggi 107cm, so boleh maksima kan rides yang mereka boleh naik.


Let's say lagi 3 tahun?

RM4517/36bulan = RM126 sebulan!


Pada saya Legoland ialah "Luxury Trip" so saya rasa tak perlu pegi kerap.

3 tahun sekali just nice.


Bila kita tahu apa things matter (bawak anak bercuti contohnya), kita akan sanggup tak berbelanja lebih on things matter least.


Travel Fund Tracker (Page 41)


Selalu rasa macam susah nak savings kan? Jom ubah mindset, baiki cara urus cashflow anda mampu mengubahnya ✅


Car Budget (Page 42)


Nak tahu satu tahun belanja berapa ribu agaknya untuk kereta kan.


Bila dah tau, boleh set siap-siap duit Budget Kereta tahun depan. Onz tak idea ni?


Kalau tak rekod, korang agak2 je kan berapa habis belanja untuk kereta?


Car Fund Tracker (Page 43)


Bila buat sinking fund ni, kita tak perlu korek tabung bila tiba masa untuk renew insurance contohnya, amaunnya bukan sedikit. Tak salah nak belanja, cuma kita nak elak dari berhutang. Sebab tu “Sinking Fund is a peace of mind”. Duit yang kita simpan ni memang untuk diguna.


Ideas for Budget & Fund Tracker (Page 44-45)



279 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page